Kucing Terkecil Di Dunia

Lihat gambar di atas, itulah kucing yang paling kecil di dunia yang bernama Peebles, dikatakan saiz kucing ini adalah sama dengan saiz seekor hamster atau tikus, walaupun usianya mencecah 2 tahun, tapi fizikalnya tidak sama dengan saiz kucing lain yang berusia 2 tahun.
Peebles dikatakan bantut kerana masalah genetik yang membantutan tumbesarannya. Panjang Peebles ialah lebih kurang 15cm dan beratnya adalah sekitar 1kg sahaja. Dengan rekod ini Peebles diiktiraf kucing paling kecil di dunia oleh Guiness World Book Of Record.