Jam Sympathique Barangan Antik Paling Mahal Didunia

Jam Sympathique ini dibuat pada tahun 1795 dan dilelong pada harga USD6.8 Juta (RM20 juta). Hanya terdapat 12 buah Sympathque di dunia dan inilah sebab mengapa harga lelongannya tinggi. 


Jam ini unik kerana pada bahagian atas terdapat jam kocek kecil. Apabila diletakkan pada jam utama jam kecil ini akan dikunci secara automatik oleh mekanisma jam utama. Docking/charger bay sebenar! 

Lebih awal dari mana-mana telefon pintar!

Lokasi Bunuh Diri Paling Terkenal Di Britain

Beachy Head atau Suicide Rock, merupakan tebing batu kapur di pantai selatan Britain. Selain terkenal dengan keindahan pemandangan dan aktiviti terjun, ia juga dikenali sebagai salah satu tempat kegemaran untuk bunuh diri, hampir sama level dengan Golden Gate Bridge di San Francisco dan Japanese forest Aokigahara.


Untuk mengelakkan kes bunuh diri semakin bertambah, rondaan dijalankan oleh pasukan chaplains (Beachy Head Chaplaincy Team) selain meletakkan nombor telefon perkhidmatan kaunseling.


Pemandu teksi dan pekerja pub tempatan antara profesion yang kerap ditemui bunuh diri.

Rumah Di Tengah Lebuh Raya !!!!

Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

Beberapa buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen.


Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).

Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.

Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,


Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan.

Gambar Luarbiasa Yang Sebenarnya Di Hasilkan Di Studio

Anda tentu tidak akan percaya apabila melihat gambar-gambar ini. Gambar pemandangan yang sangat mengagumkan ini sebenarnya dihasilkan oleh seorang jurukamera profesional, Matthew Albanese dari studionya.

Paprika Mars


Idea ‘Strange Worlds’ ini terhasil ketika dia berada didapur melakukan kerja-kerja rutin seharian.

Wildfire
DIY Paradise


HowToBreatheUnderwater


Tornado


Hasilnya, kerja seni yang sungguh memukau mata ketika kita memandangnya.

AKSI KELAKAR PENUMPANG TERTIDUR DALAM KERETAPI

 

Kalau dah kata penat tu, tak kiralah dekat mana pun pasti mata tu akan terlelap.
Malah kalau di tempat awam pun, bantai je janji mata tertutup. Sampaikan, kadang-kadang kita tak sedar yang aksi tidur itu agak melucukan.
Iyalah dah kata penat kan? Dah tak peduli orang pandang macam mana pun.
Lawak sungguh. Tengok gambar lucu dibawah ini. Macam-macam ragam!