ULAR PELIK BERKAKI DITEMUI DI CHINA


Menurut Puan Duan yang berasal dari Suining, China selatan, dia terbangun apabila mendengar suara aneh dan terus menekan suis lampu. 
Dia sangat terkejut melihat haiwan yang sedang merayap di dinding dengan kakinya. Kerana dia sangat takut, dia terus mengambil sesuatu dari sebelahnya ketika itu dan terus memukul haiwan seperti ular itu sehingga mati. 
Lalu dia mengambil bangkainya dan mengawetkannya di dalam sebuah botol. Ular sepanjang 16 inci itu juga memiliki jari-jari kecil.
Ketika ini, makhluk itu sedang diteliti oleh Life Sciences Department di China West Normal University di Nanchang. 
Seorang pakar ular bernama Long Shuai ketika diminta memberi pendapatnya mengatakan: “Ini sangat mengejutkan, namun kami tidak akan mengetahui penyebab keanehan ini sebelum mengadakan autopsi.” 
Mutasi genetik yang umumnya terjadi pada ular adalah tumbuhnya kepala kedua yang muncul dengan proses yang sama seperti kembar siam pada manusia.

Misteri bulan terbelah dua!

Kisah bulan terbelah dua, bukan ilusi atau khayalan. Ia bukan sihir & silap mata. Malah ini adalah kisah yang benar-benar berlaku. Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan.

NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua.
Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Saksikan video ini sebentar….
Bulan terbelah dua pada zaman Rasulullah S.A.W adalah kisah benar yang dirakam dalam Quranul Karimiaitu dalam satu surah yang Allah namakan sendiri Suratul Qamar (Surah Bulan). 
Allah berfirman:
“Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)”
Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi S.A.W. masih di Mekah.Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin ‘mencabar’ Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.
Ini adalah beberapa di antaranya:
Hadis daripada Abdullah bin Mas’ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian.(Shahih Muslim No.5010)
Hadis daripada Anas ra.Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)
Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, “Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?
Rasulullah bertanya, “Apa yang kamu inginkan?” Mereka menjawab, “Cuba belah bulan …” Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad s.a.w agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, “Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!”
Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja “menyihir” orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.
Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekah, orang-orang musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali … “
Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, mereka pun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus “, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap … (sampai akhir surah Al-Qamar).
Peristiwa bulan terbelah ini memang benar berlaku dan wajib dipercayai. Walaupun ada yang mempertikaikannya kerana bertentangan dengan ilmu sains namun muzjizat Rasulullah tidak dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik. Seperti juga mukjizat Nabi Isa boleh menghidupkan orang yang mati juga bertentangan dengan ilmu pengetahuan manusia.
Peristiwa bulan terbelah bukan saja disaksikan oleh penduduk Mekah tetapi juga dilihat oleh penduduk di seluruh semenanjung Tanah Arab. Apabila mereka datang ke Mekah menceritakan pernah melihat bulan terbelah kemudian bercantum semula.
Sekiranya ada yang mempertikaikannya, tidaklah menghairankan kerana Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempertikaikannya walau mereka melihat dengan mata sendiri peristiwa bulan terbelah itu.

Pengunjung-pengunjung bulan yang terdiri daripada angkasawan Amerika Syarikat & Rusia, pernah merakamkan gambar di atas bulan yang menunjukkan kesan rekahan besar di atas bulan, mengelilingi bulatan sebesar bulan itu. Gambar yang diambil telah tersiar pada beberapa akhbar dunia & disiarkan dalam sebuah majalah tempatan kita yang bernama al-Hunafa isu 2009/2010 di bawah tajuk ‘Splitting of the Moon’ yang bermaksud bulan terbelah. Oleh kerana telah disedari bahawa jika dibesar-besarkan cerita tersebut & diketahui umum bulan terbelah dua, dengan kesan yang nyata, maka akan terbukitilah satu lagi bukti yang paling nyata & kuat.
Sumber: Ustaz Dr. Harun Din Al-Hafiz.
What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.
Dongengdongeng tentang bulan terbelah ini boleh kita dapati pula dalam haiku (dongeng Jepun).

Cerita bulan terbelah dua ada dalam manuskrip hindu di India yang menceritakan bahawa terdapat bulan terbelah dua dan tarikhnya sama dengan kewujudan  

Namun cerita mengenai ini tidak akan kita dapatkan dalam legendalegenda di Amerikaatau Eropah. Kemungkinan besar tidak adanya cerita ini adalah pada saat peristiwa tersebut, di belahan bumi tersebut orangorang memang tidak dapat melihat bulan. Mengapa? Karena saat itu.. Siang hari. 

Nurshiha Mohd Zikir Tidak Menyerlah Tapi Tetap Hot

Gambar kecil, Kenangan Shiha bersama mentor, Datuk Sharifah Aini.
Bekas peserta Mentor, Shiha bingung cari strategi pikat peminat 
Berbekal minat mendalam dan niat mencari rezeki, artis baru ini bertatih dalam dunia seni. 
Namun, entah di mana silapnya, selepas hampir dua tahun, Shiha bagai masih tercari-cari tapak untuk berdiri kukuh sebagai antara penyanyi wanita pelapis. 
Tidak hairanlah, bekas peserta program realiti Mentor ini meluahkan kepada HIP, dirinya kecewa dengan apa yang berlaku dalam perjalanan kerjayanya. 
“Apabila bertapak dalam industri hiburan, saya tanamkan tekad melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Tetapi, nampaknya, hasil kurang memberangsangkan. 
“Saya bukan penyanyi yang menyanyi kerana hobi. Saya ada minat yang mendalam serta menjadikan bidang nyanyian sebagai mata pencarian untuk menyara ibu selepas kematian ayah. 
“Luahan ini bukan mahu meraih simpati, saya hanya berkongsi kisah perjalanan seni yang suram. Saya sudah memberikan yang terbaik tetapi nampaknya, penerimaan peminat masih di takuk lama,” katanya. 
Pernah mahu berhenti menyanyi 
Shiha berkata, pemerhatiannya menunjukkan ada kecenderungan peminat menilai aspek populariti artis berbanding bakat mereka. 
“Saya pernah terfikir untuk membuang jauh-jauh impian menjadi penyanyi. Ini didorong rasa kecewa dengan sambutan diberi. 
“Tetapi ibu banyak memberi dorongan lalu saya menarik balik keputusan berhenti menyanyi,” katanya meluahkan perasaan. 
Berazam menjadi penyanyi yang lebih baik tahun ini, anak bongsu ini mengakui rezeki datang dari Allah. 
“Saya mengaku bukan artis yang sering dipaparkan di akhbar dengan kisah kontroversi. Sebaliknya, saya hanya mahu dikenali kerana bakat. 
“Malah ramai yang menyangka saya sudah berhenti menyanyi. Itu tidak benar kerana saya masih mahu menyanyi walaupun orang tidak nampak bakat saya,” katanya. 
Jual pakaian tambah pendapatan 
Mengulas kemungkinan menerbitkan album baru, Shiha berkata, belum ada perancangan dibuat. 
Tetapi Shiha dalam diam merancang berduet dengan penyanyi wanita yang namanya masih dirahsiakan. 
“Saya juga teringin berlakon. Tetapi beberapa tawaran yang diterima tidak dapat dipenuhi kerana watak yang diberi tidak sesuai. 
“Saya kena pegang pesanan arwah ayah yang melarang saya melakonkan watak tidak senonoh. Rindu sangat nak berlakon tetapi belum ada rezeki lagi,” katanya. 
Shiha berkata, sebagai sumber pendapatan sampingan, dia mengusahakan perniagaan pakaian terpakai secara online. 
“Sebenarnya, Shiha sudah lama mengusahakan perniagaan ini. Tetapi sejak akhir-akhir ini, Shiha beri lebih banyak tumpuan selepas pendapatan sebagai artis makin berkurangan. 
“Saya jual persalinan baru yang saya pakai selain koleksi pakaian istimewa lain. Syukur sambutan yang diterima amat menggalakkan,” katanya. 
BIODATA: Nurshiha Mohd Zikir 
Tarikh lahir: 2 November 1987 
Umur: 24 tahun 
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang 
Keluarga: Bongsu daripada tiga beradik 
Lagu: Bila Bertemu dan Jangan Lagi Jauh 
Drama: Bujang Sepah Lalalitamplom, Gerak Khas, Sutun dan Kilauan 
Program televisyen: Malaysia Hari Ini dan Mentor Raya 
Pencapaian: Naib Juara Mentor Musim 5

5 Bandar Dijangka Akan Tenggelam

Musibah banjir sedang melanda dibeberapa buah negara, di bawah ini terdapat laporan yang menyatakan bandar-bandar yang dijangka akan tenggelam kerana bencana banjir. Sila ikuti laporannya.
1. Bangkok


Pada tahun 2100, Bangkok dijangkakan menjadi Atlantis kedua. Ibukota Thailand tersebut tenggelam disebabkan beberapa faktor, antara lain perubahan iklim kerana kesan rumah kaca, naiknya permukaan air laut, hakisan pantai, dan pergeseran tanah.
Janggkaan tersebut dikemukakan oleh Pusat Peringatan Bencana Nasional Thailand Smith Dharmasaroja. Oleh sejumlah pihak, jangkaan Smith ditanggap sangat serius. Sebelum ini dia sudah meramalkan adanya Tsunami di sekitar Samudera Hindia pada tahun 2004.
Selain itu, letak yang berada 1,5 meter di bawah permukaan laut menyebabkan Bangkok selalu mengalami banjir setiap tahun.
2. Ho Chi Minh City
Salah satu kota di Asia Tenggara yang terancam tenggelam adalah Ho Chi Minh City. Setiap tahun, ketinggian banjir meninggi setinggi 2 sentimeter.
Urbanisasi diyakini sebagai sumbangan besar dalam peningkatan suhu cuaca, turunnya hujan dan bencana banjir dalam dua tahun terakhir.
3. Shanghai


Struktur tanah yang dipenuhi oleh bangunan pencakar langit, menyebabkan permukaan tanah Shanghai menurun setengah inchi setiap tahun.
Keperluan akan bangunan pencakar langit tersebut merupakan imbasan dari melonjaknya populasi penduduk Shanghai. Pada tahun 2001, penduduk kota yang berada di muara Sungai Yangze ini berjumlah 20 juta orang.
4. Mumbai
Pada tahun 2008, Kelompok aktiviti Greenpeace memperkirakan, pada tahun 2100, kota Mumbai akan tenggelam oleh air laut. Naiknya air laut hingga 5 meter disebabkan oleh cairan kutub ais.
Dalam laporan yang berjudul ‘Iklim Migran di Asia Selatan’ Greenpeace Ais kutub cair disebabkan oleh meningkatnya suhu bumi hingga 4-5 darjah kerana pemanasan global.
5. Jakarta
Selain tempat geografi yang berada di bawah permukaan air laut, keperluan akan air tanah yang tinggi disyaki menjadi salah satu penyebab tenggelamnya daratan Jakarta. Populasi penduduk yang terus meningkat menjadi alasan utama keperluan akan air tanah. Dalam kurun waktu 20 tahun ke depan, diperkirakan jumlah penduduk di Ibukota meningkat hingga 40 juta orang.
Pakar hidrologi asal Belanda, JanJaap Brinkman menjelaskan, jika proses penyedutan air yang terus-menerus dilakukan tidak segera dihentikan, di akhir abad, Jakarta akan tenggelam.
“Jika ekstraksi (penyedutan) air tanah tidak segera dihentikan, di penghujung abad, Jakarta akan tenggelam dengan kedalaman lima hingga enam meter,” jelasnya seperti dikutip theatlanticcities.com.

Read more: http://www.blogzaim.com/2013/01/5-bandar-dijangka-akan-tenggelam.html#ixzz2IyOSsLiE

Zain Saidin Enggan Rozita Jadi Mangsa Gosip Lelaki Lain

Zain menjelaskan kurang senang apabila melihat Rozita dikaitkan dengan lelak lain walaupun hakikatnya mereka sedang bercinta. Foto Arkib The Star.
PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin mengambil pendekatan mendedahkan kepada umum untuk menikahi aktres Rozita Che Wan pada penghujung tahun ini bagi memastikan wanita itu tidak lagi menjadi mangsa gosip dengan mana-mana lelaki lain.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia berbuat demikian kerana agak kurang senang apabila Rozita sering kali dilaporkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain sedangkan mereka sebenarnya sedang hangat bercinta.
“Saya kurang senang apabila dia selalu digosipkan dengan pelbagai lelaki sehingga dia menjadi bahan cercaan masyarakat.
“Saya berterus terang mengenai hubungan kami untuk mengakhiri gosip dia dengan orang lain kerana kami sedang bercinta,” ujarnya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk berkahwin dengan Rozita pada Disember depan, Zain berkata, kenyataan itu dibuat secara ikhlas apabila disoal media mengenainya
Rozita tidak menafikan sedang bercinta dengan Zain dan meletakkan soal jodoh di tangan Tuhan.
Zain bagaimanapun memberitahu perkara itu terletak pada jodoh serta rezeki dan sebagai manusia dia hanya mampu merancang.
“Apabila wartawan bertanya saya cuma menjawab dengan ikhlas situasi sebenar kami dan memberitahu jika ditakdirkan ada jodoh kami akan berkahwin tambahan pula hubungan kami kini serius,” jelasnya.
Sementara itu, Zain berkata, kekasihnya itu tidak mengulas panjang mengenai pendedahannya tentang hubungan mereka kerana perancangan untuk berumah tangga masih lagi jauh.
“Insya-Allah jika ada jodoh dan rezeki mungkin kami dapat bersatu pada Disember ini tetapi itu hanya perancangan dan saya tidak mahu lagi mengulas lanjut mengenai soal ini, tunggu hujung tahun kita tengok macam mana,” katanya.
Media beberapa hari lalu melaporkan pengakuan Zain untuk berkahwin dengan Rozita, 40, dan mengakui hubungan mereka itu sememangnya serius.
Zain turut dilaporkan ada menghantar kuntuman bunga mawar kepada Rozita ketika penggambaran telefilem Anak Ikan di Pork Dickson, Negeri Sembilan hujung tahun lalu sebagai membuktikan cinta mereka.
Selain Zain, Rozita sebelum ini pernah dikatakan menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki muda seperti bintang bola sepak Asraruddin Putera Omar, Shahir (AF8), Beego dan Shah Iskandar.
Rozita dalam kenyataan balasnya pula mengambil pendekatan untuk tidak mahu berbicara tentang perkara itu selain berkata sekiranya ada jodoh, mereka akan kahwin kerana pada ketika ini masih peringkat mengenali hati budi masing-masing.