Pembersih Vakum Termahal Di Dunia – RM3.15 Juta!

PEMBERSIH VAKUM TERMAHAL DI DUNIA BERHARGA RM3.15 JUTA YANG DISALUTI EMAS 24 KARAT. CIRI ISTIMEWANYA: SURPRISE! IANYA BOLEH MENYEDUT SAMPAH.

pembersih-vakum-termahal-di-dunia

Ok. This is totally insane. Siapa sanggup habiskan wang sebanyak 3 juta semata-mata nak beli produk yang cuma reti nak sedut habuk dan sampah dan mungkin bulu-bulu kucing. That’s right, the crazy 1% sanggup.

Sebelum ini saya pernah ceritakan tentang barang-barang mahal yang tak masuk akal seperti handphonegambar fotominyak wangi termahal di dunia dan whatever crap lagilah. Kali ini satu lagi masuk senarai. Pembersih vakum yang disaluti dengan emas 24 karat ini dihasilkan oleh syarikat pengeluar vakum dari Amerika Syarikat, GoVacuum.

pembersih-vakum-termahal-di-dunia

Pembersih vakum termahal di dunia yang berharga RM3.15 juta (1 juta US Dollar) ini dihasilkan eksklusif untuk orang kaya tak ingat (obviously) dan hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja di dunia. Setiap unit pula didatangkan dengan nombor siri unik dan sijil pengesahan keaslian masing-masing, mungkin dengan tujuan untuk mengesan jika adanya produk tiruan terutamanya dari China. Haha.

Menurut laman web GoVacuum, mereka menyatakan bahawa pembersih vakum ini direka untuk beberapa individu terpilih yang berkemampuan dan bahawa status dan nilai eksklusif memiliki pembersih vakum seperti ini tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Ok, itu sangat gebang. Saya tak nampak apa yang boleh dibanggakan dan eksklusifnya memiliki produk mahal tak ingat yang tujuannya digunakan hanya untuk menyedut sampah.

pembersih-vakum-termahal-di-dunia

pembersih-vakum-termahal-di-dunia

Mahal-mahal macam mana pun, akhirnya akan digunakan oleh orang gaji juga, tak kan orang kaya-kaya nak bersihkan bilik sendiri ye dak.

Sumber dari GoVacuum

Leave a comment